Di kampung ini juga terdapat PKS iaitu Perindustrian Kecil Sederhana. Antara produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung ini ialah dodol, gasing, emping belinjau, mee kuning dan tempe. Kebanyakan hasil yang dikeluarkan menggunakan mesin yang telah diberi oleh Jabatan Pertanian bagi memudahkan kerja-kerja mereka. Namun, terdapat juga penduduk di sini menggunakan cara tradisional untuk menghasilkan produk tersebut. Produk-produk yang dihasilkan juga mempunyai sistem label terkini. Dan produk-produk ini juga telah dikomersilkan dan dipasarkan di pasaraya yang terkenal di Malaysia seperti Jaya Jusco, jika mempunyai permintaan di pasaran.
Wednesday, July 29, 2009
Latar Belakang Kg Ayer Molek
Di kampung ini juga terdapat PKS iaitu Perindustrian Kecil Sederhana. Antara produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung ini ialah dodol, gasing, emping belinjau, mee kuning dan tempe. Kebanyakan hasil yang dikeluarkan menggunakan mesin yang telah diberi oleh Jabatan Pertanian bagi memudahkan kerja-kerja mereka. Namun, terdapat juga penduduk di sini menggunakan cara tradisional untuk menghasilkan produk tersebut. Produk-produk yang dihasilkan juga mempunyai sistem label terkini. Dan produk-produk ini juga telah dikomersilkan dan dipasarkan di pasaraya yang terkenal di Malaysia seperti Jaya Jusco, jika mempunyai permintaan di pasaran.
Posted by PKS Ayer Molek at 8:36 PM 0 comments
Labels: Latar Belakang Kg Ayer Molek
Senarai Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Ayer Molek Melaka
YAB Datuk Seri Dr. Hj. Mohd. Ali Mohd. Rustam
DGSM.,SPDK.,DCSM.,DMSM.,DSM.,PBM
Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia
Merangkap Ketua Menteri Melaka
Penasihat
Y.B. Datuk Haji Md. Yunos bin Husin
DMSM.,AMN.,BCM.,PJK.,PBB
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Pengerusi Portfolio Perdagangan, Perindustrian,
Pembangunan Usahawan Negeri dan Koperasi Melaka
Merangkap ADUN Kawasan Ayer Molek
Tuan Haji Haron bin Haji Abdullah JP.,BKT.,PJK
Pengerusi JKKK Ayer Molek, Melaka
AHLI JAWATANKUASA
Ketua
Sdra Sahrulnizam bin Rusli
Naib Ketua I
Sdra Mohd Hairizal bin Md. Ali
Naib Ketua II (Wanita)
Sdri Siti Asurah bt. Ab. Gani PJK
Setiausaha
Sdra Mohd Sukri bin Abdullah
Pen. Setiausaha
Sdri Hazalina bt Hamdan
Bendahari
Sdri Noordhalina bt Dahalan
Ketua Penerangan
Sdra Mohammad Bakar bin Haji Md. Yusof
Ahli Jawatankuasa
Sdra Muhammad Fauzi bin Haji Kamarudin
Sdra Adnan bin Saat
Sdra Zul Azril bin Masripen
Sdra Faizam bin Haji Fauzi
Sdra Zamzam bin Mohamed
Sdri Halimatul Saadiah bt Hussein
Sdri Intan Diannah bt Zaini
Sdri Nurwahidah bt Rahman
Sdri Nurul Diyana bt Fadzilah
Sdri Murni Izzati bt Ibrahim
Pemeriksa Kira-Kira
Sdra Norazmi bin Selamat
Sdra Awang Mohd. Effendi bin Abu Samah
Jawatankuasa Ex-Officio
Sdra Mohd Anas bin Abd. Malek
Sdra Norhaiman bin Tajudin
Sdri Masturah bt Naemat
Posted by PKS Ayer Molek at 8:34 PM 0 comments
Labels: Jawatankuasa Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Ayer Molek Melaka
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kg Ayer Molek Melaka
Y.B. Datuk Haji Md. Yunos bin Husin
DMSM.,AMN.,BCM.,PJK.,PBB
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka
Pengerusi Portfolio Perdagangan, Perindustrian,
Pembangunan Usahawan Negeri dan Koperasi Melaka
Merangkap ADUN Kawasan Ayer Molek
BARISAN AHLI JAWATANKUASA PENGGAL 2009
PENGERUSI
Tuan Haji Haron bin Haji Abdullah JP.,BKT.,PJK
SETIAUSAHA
Sdra Sharulnizam bin Rusli
AHLI JAWATANKUASA
Sdra Jantan bin Rahim PJK, PBM
Tuan Haji Adam bin Sabtu PJK.
Tuan Hj Ismail bin Hj Othman PPA,PPN
Tuan Sidang Arshad bin Ab. Ghani BKT, PPA
Tuan Sidang Ibrahim bin Mahat
Dato’ Hj. Mohd. Said bin Hj. Md. Yusop
DMM.,DSM.,PJK.,PNBB.,UNM.,BBW.,PKB.,GSM.,PPA.,PPS.
Tuan Hj Lokman bin Hj. Hashim PPA.,PK.
Sdra Abu Kassim bin Hj. Alwi
Sdra Mohd. Sukri bin Abdullah
Sdra Mokhtar bin Sopi
Sdra Mohd. Nizam bin Abu Bakar
Sdra Mohd. Ali bin Mo’min
Puan Hajjah Nurizah bt Baharam
Puan Nursidah bt Khamit
Sdri Siti Asurah bt Ab Gani PJK
Posted by PKS Ayer Molek at 8:32 PM 0 comments
Labels: JKK Kg Ayer Molek Melaka
Projek Makanan Mee Kuning
Mee kuning ini di bungkus dan dilabel di dalam plastik jernih yang boleh memperlihatkan isi di dalamnya. Pembungkusan dan pelabelan yang rapi menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan sangat sistematik. Pengusahanya menghasilkan mee kuning ini mengikut kehendak pasaran atau mengikut permintaan pembeli.
Sebarang pertanyaan boleh pergi terus ke premis yang beralamat di 724-1, Jln Hassan Bidin, KM.8 Kg Kandang, 75460 Melaka atau boleh menghubungi Pn. Hjh. Zaibah bt Alwi di talian 06-268 4546.
Posted by PKS Ayer Molek at 8:25 PM 0 comments
Labels: Produk Kg Ayer Molek
Projek Kerisek
Bagi mempromosikan produk ini, pengusahanya menggunakan mesin bagi memudahkan kerja-kerja yang dilakukan. Produk ini dibungkuskan dan dilabel melalui dua cara iaitu botol dan bungkusan plastik. Ini bagi memudahkan pembeli membeli mengikut citarasa masing-masing. Harga dan bungkusan yang menarik mampu menarik minat pembeli untuk mencuba keaslian kerisek buatan orang kampung ini.
Sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh ke premis perniagaan beliau di Bukit Jinjing, Kandang Melaka atau boleh menghubungi terus di talian 013-744 5377 atau 06-268 5377.
Posted by PKS Ayer Molek at 8:18 PM 0 comments
Labels: Produk Kg Ayer Molek
Projek Makanan Emping Melinjau
Antara salah satu produk yang terkenal di kampung ini ialah Emping Melinjau. Produk ini diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusahanya. Produk ini juga dibimbing oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Bahan utama dalam pembuatan emping ini ialah biji buah melinjau. Menurut pengusahanya, produk yang dihasilkan beliau ada juga dipasarkan di pasaraya terkemuka seperti Jaya Jusco.
Emping ini enak dimakan dengan air kopi panas pada waktu petang atau boleh juga dijadikan makanan ringan sambil menonton. Rasanya yang sedikit pahit amat digemari oleh golongan yang berumur. Namun begitu, rasanya yang pahit tidak menghalang anak-anak muda dari pada menggemarinya. Keunikan rasa emping melinjau ini mampu memberi kelainan kepada penggemarnya.
Pengusahanya menggunakan alat yang dikawal secara manual bagi menghasilkan produk tersebut. Sistem pembungkusan bagi produk ini ialah 50 gram bagi setiap pek yang dibungkus di dalam plastik lutsinar. Pengusahanya juga menggunakan sistem perlabelan yang mudah iaitu jenis sticker yang akan di tampal pada setiap bungkusan. Keenakkan emping ini mampu menarik minat pembeli yang menggemarinya kerana ia sukar untuk didapati.
Sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh pergi terus ke alamat Kg Bukit Nibong, Paya Dalam, Melaka atau boleh menghubungi terus Pn Melati bte Hussin di talian 06-268 5420.
Posted by PKS Ayer Molek at 8:14 PM 0 comments
Labels: Produk Kg Ayer Molek
Projek Kraftangan Rotan
Kemahiran penduduk Kg Ayer Molek tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana, kraftangan rotan juga merupakan salah satu produk PKS yang diusahakan oleh penduduknya. Kraftangan rotan yang dibentuk dan direka oleh hasil idea kreatif mereka mampu menarik minat si pembeli. Antara hiasan yang dihasilkan adalah seperti hiasan pintu, bakul rotan serta bekas telur. Keunikan warna dan hasil kerja tangan mereka boleh dikomersilkan sehingga ke peringkat dunia.
Antara warna yang digunakan dalam membuat hiasan rotan ialah seperti ungu, merah jambu, hijau dan kuning. Warna-warna ini mampu memikat hati pembeli terutamanya pelancong asing yang mendapati kraftangan rotan sebagai hiasan atau cenderamata yang sangat unik. Bagi memenuhi citarasa pembeli, pengusahanya akan sentiasa mengikuti citarasa semasa untuk mempromosikan produk beliau.
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh datang terus ke premis kraftangan rotan yang bertempat di Kg Ayer Molek atau boleh menghubungi terus Pn Hjh Zainon bt Tawy di talian 019-634 1942.
Posted by PKS Ayer Molek at 8:10 PM 0 comments
Labels: Produk Kg Ayer Molek
Projek Makanan Tradisional Dodol
Kg Ayer Molek juga terkenal dengan industri kecil sederhana yang diusahakan secara komersil oleh penduduk-penduduknya. Antara produk yang dihasilkan ialah dodol, emping belinjau, kraftangan rotan, kerisik dan mee kuji. Di samping itu, produk-produk yang di keluarkan oleh penduduk di sini, kesemuanya dibimbing oleh Jabatan Pertanian.
Makanan tradisional yang terkenal semasa musim perayaan seperti dodol dan wajik yang dihasilkan oleh pengusahanya iaitu Hj Ideris sering mendapat tempahan dari merata tempat. Rasa dodol yang asli dapat memuaskan hati pembeli yang merasainya. Dodol Hj Ideris ini mempunyai beberapa perisa unik seperti asli, cappuccino, pandan, strawberi dan jagung. Keunikan rasa dan warna dodol ini mampu memikat orang ramai untuk membelinya.
Selain itu, dodol Hj Ideris ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu yang bertandang ke rumah atau sebagai pemanis di majlis-majlis keraian mahupun kenduri perkahwinan. Malah Hj Ideris juga turut mengkomersilkan produk beliau sebagai hantaran perkahwinan yang dihias cantik seperti bunga pahar. Warna dan hiasan yang mempunyai keunikannya yang tersendiri membuktikan Hj Ideris mempunyai kemahiran dan kepakaran yang boleh dibanggakan.
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh datang terus ke premis perniagaan Hj Ideris beralamat di KM 8.5, Lorong Hj Zainudin, Solok Bakar Batu, Kg Kandang, 75460 Melaka atau boleh menghubungi beliau di talian 019-665 2464.
Posted by PKS Ayer Molek at 7:55 PM 0 comments
Labels: Produk Kg Ayer Molek