Wednesday, July 29, 2009

Projek Makanan Emping Melinjau



Antara salah satu produk yang terkenal di kampung ini ialah Emping Melinjau. Produk ini diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusahanya. Produk ini juga dibimbing oleh Jabatan Pertanian Negeri Melaka. Bahan utama dalam pembuatan emping ini ialah biji buah melinjau. Menurut pengusahanya, produk yang dihasilkan beliau ada juga dipasarkan di pasaraya terkemuka seperti Jaya Jusco.


Emping ini enak dimakan dengan air kopi panas pada waktu petang atau boleh juga dijadikan makanan ringan sambil menonton. Rasanya yang sedikit pahit amat digemari oleh golongan yang berumur. Namun begitu, rasanya yang pahit tidak menghalang anak-anak muda dari pada menggemarinya. Keunikan rasa emping melinjau ini mampu memberi kelainan kepada penggemarnya.


Pengusahanya menggunakan alat yang dikawal secara manual bagi menghasilkan produk tersebut. Sistem pembungkusan bagi produk ini ialah 50 gram bagi setiap pek yang dibungkus di dalam plastik lutsinar. Pengusahanya juga menggunakan sistem perlabelan yang mudah iaitu jenis sticker yang akan di tampal pada setiap bungkusan. Keenakkan emping ini mampu menarik minat pembeli yang menggemarinya kerana ia sukar untuk didapati.


Sebarang tempahan atau pertanyaan, boleh pergi terus ke alamat Kg Bukit Nibong, Paya Dalam, Melaka atau boleh menghubungi terus Pn Melati bte Hussin di talian 06-268 5420.

0 comments:

Post a Comment