Kemahiran penduduk Kg Ayer Molek tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana, kraftangan rotan juga merupakan salah satu produk PKS yang diusahakan oleh penduduknya. Kraftangan rotan yang dibentuk dan direka oleh hasil idea kreatif mereka mampu menarik minat si pembeli. Antara hiasan yang dihasilkan adalah seperti hiasan pintu, bakul rotan serta bekas telur. Keunikan warna dan hasil kerja tangan mereka boleh dikomersilkan sehingga ke peringkat dunia.
Antara warna yang digunakan dalam membuat hiasan rotan ialah seperti ungu, merah jambu, hijau dan kuning. Warna-warna ini mampu memikat hati pembeli terutamanya pelancong asing yang mendapati kraftangan rotan sebagai hiasan atau cenderamata yang sangat unik. Bagi memenuhi citarasa pembeli, pengusahanya akan sentiasa mengikuti citarasa semasa untuk mempromosikan produk beliau.
Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh datang terus ke premis kraftangan rotan yang bertempat di Kg Ayer Molek atau boleh menghubungi terus Pn Hjh Zainon bt Tawy di talian 019-634 1942.
0 comments:
Post a Comment