Wednesday, July 29, 2009

Latar Belakang Kg Ayer Molek

Nama kampung ini telah diberi oleh seorang lelaki yang bernama Tok Kendok sempena sebatang sungai yang terdapat di kampung tersebut. Sungai tersebut sangat jernih hingga penduduk sekeliling sering mengatakan airnya sangat molek. Di kampung ini terdapat sebanyak 11 buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Selain itu, kemudahan lain yang terdapat di kampung ini termasuklah Dewan Japerun, tadika, masjid, pusat pentadbiran, Pusat Kesihatan Besar, Akademi JPJ, Kolej Profesional MARA serta mini stadium. Penduduk di kampung ini terdiri daripada 40% golongan belia dan selebihnya terdiri daripada yang berumur 45 dan ke atas. Sumber pendapatan penduduk kampung ini terdiri daripada sektor kerajaan, sektor swasta dan kerja sendiri.

Di kampung ini juga terdapat PKS iaitu Perindustrian Kecil Sederhana. Antara produk yang dihasilkan oleh penduduk kampung ini ialah dodol, gasing, emping belinjau, mee kuning dan tempe. Kebanyakan hasil yang dikeluarkan menggunakan mesin yang telah diberi oleh Jabatan Pertanian bagi memudahkan kerja-kerja mereka. Namun, terdapat juga penduduk di sini menggunakan cara tradisional untuk menghasilkan produk tersebut. Produk-produk yang dihasilkan juga mempunyai sistem label terkini. Dan produk-produk ini juga telah dikomersilkan dan dipasarkan di pasaraya yang terkenal di Malaysia seperti Jaya Jusco, jika mempunyai permintaan di pasaran.

0 comments:

Post a Comment