Wednesday, July 29, 2009

Projek Makanan Tradisional Dodol


Kg Ayer Molek juga terkenal dengan industri kecil sederhana yang diusahakan secara komersil oleh penduduk-penduduknya. Antara produk yang dihasilkan ialah dodol, emping belinjau, kraftangan rotan, kerisik dan mee kuji. Di samping itu, produk-produk yang di keluarkan oleh penduduk di sini, kesemuanya dibimbing oleh Jabatan Pertanian.


Makanan tradisional yang terkenal semasa musim perayaan seperti dodol dan wajik yang dihasilkan oleh pengusahanya iaitu Hj Ideris sering mendapat tempahan dari merata tempat. Rasa dodol yang asli dapat memuaskan hati pembeli yang merasainya. Dodol Hj Ideris ini mempunyai beberapa perisa unik seperti asli, cappuccino, pandan, strawberi dan jagung. Keunikan rasa dan warna dodol ini mampu memikat orang ramai untuk membelinya.


Selain itu, dodol Hj Ideris ini juga boleh dijadikan sebagai buah tangan kepada tetamu yang bertandang ke rumah atau sebagai pemanis di majlis-majlis keraian mahupun kenduri perkahwinan. Malah Hj Ideris juga turut mengkomersilkan produk beliau sebagai hantaran perkahwinan yang dihias cantik seperti bunga pahar. Warna dan hiasan yang mempunyai keunikannya yang tersendiri membuktikan Hj Ideris mempunyai kemahiran dan kepakaran yang boleh dibanggakan.


Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh datang terus ke premis perniagaan Hj Ideris beralamat di KM 8.5, Lorong Hj Zainudin, Solok Bakar Batu, Kg Kandang, 75460 Melaka atau boleh menghubungi beliau di talian 019-665 2464.

0 comments:

Post a Comment